Software Perakaunan
Accounting Software Malaysia. 91 likes 1 talking about this. Dedicated site for educating small and medium enterprises on maximising the benefits of.
REALITI BAB AKAUN & BISNES ADA pemilik bisnes tidak buat akaun langsung, tidak tahu nak buat akaun, tak kesah pun bab akaun, buat akaun sekerat jalan, TERPAKSA upah orang buatkan akaun sebab mahu mohon pinjaman, ada kes dengan LHDN dan sebagainya. Pemilik bisnes Sdn. Bhd pula biasanya upah syarikat buat akaun dan audit setahun sekali ( sebab diwajibkan ) AKIBATNYA Tidak tahu realiti pencapaian sebenar bisnes, sukar untuk kembangkan bisnes, salah guna duit bisnes, merompak duit bisnes sendiri, ZAKAT tak bayar jika bayar pun main agak-agak, LAST sekali terpaksa tutup bisnes SOLUSI Buat bisnes wajib buat akaun!! Paling UTAMA adalah MANAGEMENT ACCOUNT. Laporan Akaun Tahunan ( Annual Report ) jatuh nombor 2 sebab sudah terlewat selain ia disiapkan atas sebab undang-undang atau untuk pihak luar ( SSM, LHDN, Bank ). Pemilik bisnes wajib buat Management Account - gunakan KAEDAH ALAT buat akaun bukan secara MANUAL! Beri Ruang Serta Peluang Untuk Diri Dan BISNES Kita ' Saya ada bisnes yang baik cuma bab mengurus akaun dan kewangan agak lemah ' ' Saya sedang mencari sistem @ kaedah yang paling sesuai dengan tahap kebolehan saya ' ' Dan yang paling penting saya PERLUKANnya SEKARANG!
Bukan TAHUN DEPAN! ' Beri peluang dRaccount membantu. dRaccount adalah sistem buat akaun yang paling praktikal serta paling mudah TIADA AKTIVITI debit kredit, hanya perlu mengisi angka ke dalam petak kosong sahaja. 2 dalam 1 - Sistem mengurus akaun dan sistem mengurus kewangan sekaligus. Menggunapakai MS Office, Interface paling simple yang diguna oleh berbilion pengguna di seluruh dunia. Masuk sahaja figure pasti balance. Untung rugi, kunci kira-kira, c ash flow, break even semuanya boleh terus dapat. Paling best boleh tahu REALITI bisnes, tak perlu tunggu laporan akaun tahunan.
Tidak perlukan sebarang setting atau coding, hanya install dan terus guna. Manual ada di dalam sistem, letak cursor terus keluar penerangan terperinci. Dengan dRaccount siapapun PASTI boleh buat akaun! DRaccount sesuai dengan anda JIKA. Anda yakin BAB KEWANGAN wajib diurus dengan bijak serta cekap.
Anda mahu tahu REALITI sebenar bisnes, BUKAN main rasa-rasa @ agak-agak. Anda serius dan sayang dengan bisnes anda. Anda mahu sistem yang simple dan mesra pengguna. Anda ada cita-cita untuk kembangkan lagi bisnes.
Bisnes anda sihat cuma urusan kewangan sahaja DEMAM. Anda tak pandai akaun tapi tahu guna MS Office. Anda sudah lihat cuba dan yakin sistem ini boleh membantu.
Sangat penting anda ada BUDGET untuk beli sistem ini. dan anda sanggup BERTINDAK sekarang.bukan tahun depan!
Jadi, jangan biarkan masalah ini membelenggu anda terutamanya bagi anda yang baru memulakan perniagaan. Assalammualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kerana meluangkan masa di laman web ini.
Software Perakaunan Ubs
Sebelum meneruskan bacaan lihat soalan saya buat anda. Adakah anda: Seorang peniaga/pengusaha/pemilik Industri kecil & sederhana? Seorang yang tugasnya adalah mengawal akaun syarikat? Seorang yang berminat menguruskan akaun syarikat sendiri? Seorang yang selama ini hanya menjalankan perniagaan tanpa mengetahui kedudukan sebenar perniagaan anda?
Pening kepala dengan sistem perakaunan yang bukan sahaja mahal tetapi rumit? Ingin melipat gandakan keuntungan syarikat? Inginkan sebuah sistem pengurusan akaun syarikat yang bukan sahaja mudah dan murah tetapi juga berkualiti?
Jika anda tergolong dalam salah satu perkara di atas,maka anda memerlukan produk ini! Ia wajib dimiliki oleh semua usahawan atau pemilik syarikat terutamanya yang inginkan perniagaan anda bertahan lebih lama. Tahukah Anda? Pengurusan akaun merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah perniagaan. Jika anda tidak menguruskan akaun dengan baik anda mungkin akan mengalami kerugian berganda-ganda dan lebih menyedihkan lagi anda mungkin akan diisytihar muflis. Ramai peniaga terutamanya usahawan bumiputera mengambil ringan tentang pengurusan akaun/kewangan syarikat sedangkan tujuan utama berniaga adalah untuk mendapat keuntungan.
Jikalau tidak tahu untung rugi bagaimana untuk anda membuat sesuatu keputusan dalam perniagaan. Dengan adanya sistem perakaunan yang sistematik anda mampu mencapai keuntungan yang lebih besar. Salah satu faktor kejayaan orang cina ialah mereka mengamalkan pengurusan akaun yang sistematik.
Untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank bukan kertas kerja yang panjang berjela diambilkira tetapi laporan kewangan yang baik & sistematik akan memudahkan pinjaman anda diluluskan. Mengapa Masih Ramai Yang Tidak Menghiraukan Kepentingan Pengurusan Akaun Syarikat? Daripada kajian ringkas yang dilakukan, beberapa faktor telah dikenalpasti: Sistem perakaunan yang berada di pasaran agak rumit dan sukar digunakan terutamanya bagi mereka yang tiada asas perakaunan.
Harga sebuah sistem biasanya melebihi ribuan ringgit menyukarkan usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan memilikinya. Tiada ilmu asas perakaunan untuk menyediakan akaun sendiri. Tidak mempunyai pekerja yang cekap dan berkebolehan. Kebanyakkan pemilik syarikat tidak mampu menggaji kerani akaun yang berkebolehan tetapi sebaliknya hanya mengambil kerani am yang tidak mempunyai pengetahuan tentang perakaunan (lihat artikel di bawah).
Tiada bimbingan yang berterusan untuk menguruskan akaun dengan betul. Tidak kisah apa faktor dan sebabnya anda perlu memiliki sebuah sistem untuk menguruskan akaun syarikat/perniagaan anda. Mengapa Perlu Menguruskan Akaun Syarikat Dengan Sistematik? Persoalan ini amat menarik untuk di kupas. Saya yakin selepas dinyatakan beberapa kelebihan dan manfaat menguruskan akaun syarikat dengan teratur anda pasti tidak sabar untuk memiliki produk ini.
Anda boleh mengetahui kedudukan kewangan syarikat pada setiap masa. Anda boleh mengelakkan kerugian yang lebih besar dengan mengambil keputusan segera sekiranya Penyata Untung Rugi hanya menunjukkan kerugian pada setiap bulan. Anda boleh merancang strategi yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi keuntungan syarikat.
Anda juga boleh mengetahui jumlah hutang pelanggan dan hutang pembekal bagi membolehkan anda membuat peruntukan kewanganbagi setiap hutang yang perlu dikutip atau dijelaskan. Memudahkan urusan dengan pihak Bank. Perkara pertama yang akan ditanya oleh pihak bank jika anda ingin membuat pinjaman adalah mengenai akaun syarikat.
Selain itu, jika anda ingin mencari pelabur lain, mereka juga akan melihat faktor pengurusan kewangan ini dahulu. Permohonan geran kerajaan juga memerlukan anda menyerahkan laporan kewangan syarikat. Jika anda mempunyai laporan kewangan yang baik, syarikat anda akan diberi pertimbangan dahulu. Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kita membayar zakat dimana zakat perniagaan dikira dari hasil keuntungan bersih syarikat.Tanpa pengurusan akaun yang betul anda mungkin tidak akan dapat mengetahui jumlah sebenar keuntungan/kerugian anda. Selain zakat anda juga perlu membayar cukai. Jika anda mempunyai sistem perakaunan sendiri anda boleh mengira peruntukan cukai yang perlu di bayar setiap tahun. Mengelakkan syarikat anda ditutup oleh SSM kerana gagal menyediakan laporan kewangan setiap tahun (lihat salinan berita Utusan di bawah).
Dan banyak lagi kelebihan memiliki sistem perakaunan sendiri. Dengan fakta di atas, bermaksud pengurusan akaun syarikat yang sistematik amatlah penting.
Tidak kira walaupun anda hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan, pengurusan akaun yang sempurna mampu menjadikan perniagaan anda berkembang dengan lebih maju. Pelbagai strategi dapat dirancang dengan adanya pengurusan kewangan yang baik ini. Oleh kerana saya sendiri pernah terlibat dengan usahawan-usahawan IKS dan menyelami masalah sebenar mereka dalam menguruskan akaun adalah harga yang agak mahal dan tiada asas perakaunan, maka saya telah bertungkus lumus menyediakan sebuah sistem yang bukan sahaja murah tetapi amat mudah dikendalikan. Sistem Perakaunan Perniagaan V 5.0. Sistem Perakaunan Perniagaan V5.0 merupakan sebuah pembanggunan sistem aplikasi menggunakan perisian Microsoft Office Access dan bahasa pengaturcaraan Microsoft Visual Basic. Ianya dibangunkan khusus buat peniaga dan usahawan IKS yang bermasalah dalam mengendalikan akaun syarikat. Sistem ini amat mudah dikendalikan walaupun anda tidak mempunyai asas perakaunan.
Hanya dengan memasukkan data pada form yang disediakan ia akan menghasilkan semua laporan penting yang diperlukan oleh perniagaan anda. Terdapat lebih 20 laporan penting yang diperlukan oleh setiap syarikat antaranya Penyata Untung Rugi,Kunci Kira-kira, Penyata Aliran Tunai, Lejar Am,Laporan Penghutang, Laporan Pemiutang, Carta Jualan, Carta Belian, Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconcialation), Penyata Akaun Pelanggan dan sebagainya. Bukan itu sahaja malah terdapat juga set dokumen perniagaan yang boleh digunakan terus secara automatik. Yang paling penting anda dapat melihat laporan ini bila-bila masa sahaja yang anda perlukan. Hanya masukkan tarikh dan sistem akan memaparkan laporan yang diminta. Mengapa Anda Perlu & wajib Memiliki Sistem Perakaunan Perniagaan V5.0??
Amat mudah dikendalikan.Dengan hanya memasukkan data, ia akan mengubah data berkenaan menjadi informasi yang amat berguna kepada anda dan anda boleh mendapatkan laporan kewangan secara harian. Pelbagai Fungsi.Selain menguruskan akaun, sistem ini juga mampu menyimpan semua rekod pelanggan, pembekal, pembiayaan, bank dan lain-lain lagi bagi memudahkan anda mencarinya pada bila-bila masa. Ia juga mengandungi set dokumen perniagaan seperti sebutharaga, invois, bil tunai, nota hantaran, nota debit dan nota kredit dimana anda hanya perlu masukkan data dan sistem akan menyediakannya secara automatik. Mesra Pengguna dan mudah-Sesiapapun mampu mengendalikannya walaupun tiada asas langsung dalam bidang perakaunan.Tak perlu fikir soal catatan bergu, kira untung rugi secara manual dan sebagainya Menjimatkan Kos - Dengan adanya sistem ini anda tidak perlu mengupah pekerja yang berkemahiran dalam ilmu perakaunan.Cukuplah jika seseorang itu tahu menggunakan komputer sahaja.
Ianya semudah data entry Menjimatkan Masa - Dengan hanya memasukkan data sekali sahaja, sistem akan menyediakan semua laporan kewangan yang diperlukan. Panduan Lengkap-Disertakan dengan ebook Manual Pengguna yang lengkap dan tersusun. Hampir 80% adalah gambarajah yang akan memudahkan anda membuat rujukan. Terdapat juga satu set Latihan berserta penyelesaian yang akan membantu anda mengendalikan sistem ini dengan mudah.
Harga yang berpatutan - Anda dapatkannya dan nilaikan sendiri. Pasti anda merasa betapa bertuahnya anda mampu memiliki sebuah sistem dengan harga murah tetapi akan benar-benar membantu perniagaan anda. Dan yang paling menguntungkan hanya beli sekali dan boleh digunakan seumur hidup. Tak perlu renew.
Melalui pakej ini anda akan memiliki item eksklusif seperti berikut: Buku Manual Pengguna dan DVD Sistem akan di pos menggunakan pos ekpress Pakej utama Sistem Perakauan Perniagaan ini adalah sistem dalam format Microsoft Office Access 2007.Komputer anda perlulah mempunyai perisian Microsoft Office Access 2007 atau yang keatas.Microsoft Access adalah sebuah program aplikasi asas data komputer yang sering digunakan untuk perusahaan kecil dan sederhana.Ianya merupakan salah satu komponen dalam aplikasi Microsoft Office iaitu selain Microsoft Words, Excell dan Powerpoint. Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada Sistem Perakaunan Perniagaan V5.0 adalah: Privasi. RM 400 @ RM 450 Jika anda benar-benar mahu menyelesaikan semua masalah akaun syarikat jangan tunggu lagi kerana perisian inilah yang amat anda perlukan sekarang! Ikhlas, Usahawan Internet Siti Mastura Abdul Wahab 018-258 1660 P.S. Ramai yang mengatakan saya kurang waras kerana menjual perisian ini dengan harga di atas. Namun ketika saya mula membangunkan sistem ini, niat saya adalah untuk membantu para usahawan IKS yang seringkali gagal dalam perniagaan mereka kerana tidak mempunyai sistem pengurusan kewangan yang baik.Jadi besarlah harapan saya agar anda semua mengambil peluang keemasan ini secepat mungkin.
P.P.S. Alangkah bagusnya jika setiap usahawan dapat memiliki dan menggunakan sistem ini yang bukan sahaja mampu menguruskan akaun syarikat dengan baik tetapi juga akan melipat gandakan lagi keuntungan syarikat anda.